Web Counter


Waktu Solat

KALENDER

Followers

Kata-Kata Hikmah

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

<< |   Selamat Hari Raya 'Aidil Fitiri Maaf Zahir dan Batin   |   Hati-hati di jalan raya  |   jangan lupa membayar zakat fitrah di Masjid berdekatan   |   Banyakkan masa bermuhasabah diri dan solat malam pada 10 malam ramadhan yang akhir.   |   Rumah Terbuka Menteri Besar Perlis akan diadakan Pada Hari Raya Pertama di kediaman rasminya. Semua lapisan masyarakat, berbilang kaum dan agama dijemput hadir   |   MB akan bersolat hari raya di Masjid Negeri   |   MB akan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada anak-anak yatim dan fakir miskin   |   kepada yang jauh di perantauan selamat pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing di Perlis   | <<


Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail menitahkan ucapan terima kasih dan syabas kepada Menteri Besar , Dato’ Seri Dr. Md Isa Sabu kerana telah memimpin dan menerajui kerajaan negeri ini dengan jayanya selama ini.

“Harapan beta semoga Menteri Besar dan seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan akan meneruskan usaha dan khidmat mereka demi kejayaan negeri Perlis,” titah baginda pada Istiadat Penganugerahan Bintang dan Pingat sempena ulangtahun hari keputeraan baginda yang ke-66 di Balairong Seri, Istana Arau baru-baru ini.


Raja Perlis berpuas hati bahawa Menteri Besar dan pimpinan kerajaan telah mengambil langkah segera bagi memastikan rakyat negeri ini berupaya untuk berdikari dalam bidang ekonomi dengan berusaha memperbaiki keadaan diri mereka dan tidak lagi bergantung harap kepada kerajaan.

Titah ucapan syabas Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al_Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail kepada Menteri Besar , Dato’ Seri Dr. Md. Isa Sabu atas kewibawaan Dr. Md. Isa mentadbir kerajaan negeri walaupun dalam tempoh begitu singkat, merupakan suatu penghargaan yang cukup bermakna kepada Menteri Besar dan rakan-rakannya dalam pentadbiran kerajan negeri.

Ini juga jelas menunjukkan wujud keyakinan pada diri Tuanku Raja terhadap kemampuan Dr. Md Isa untuk menentukan dan membawa hala tuju negeri Perlis dalam era yang penuh mencabar sekarang.

Menteri Besar antara lain menjunjung kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh Tuanku Raja terhadap pentadbirannya dan rakan-rakan. Beliau berjanji akan terus bekerja demi memastikan negeri Perlis terus membangun dan rakyat dapat mengecapi segala nikmat dari pembangunan tersebut dan menyatakan kepada seluruh rakyat agar mereka haruslah bersama-sama melibatkan diri, bukan hanya pandai mengecil-ngecilkan usaha kerajaan, tetapi tiada peranan langsung dari mereka.


Lagu Negaraku

1 Malaysia

1 Malaysia Video

Alunan Hari Raya

Blog Archive

Kerajaan Negeri Perlis


Lagu Negeri Perlis

Bendera Negeri Perlis

Peta Negeri Perlis

Jabatan Negeri Perlis